Home » » ‘Najib tak salah walaupun tandatangani dokumen 1MDB'

‘Najib tak salah walaupun tandatangani dokumen 1MDB'

Written By canang on Rabu, 13 April 2016 | 4/13/2016 07:30:00 PTG

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani dokumen berkaitan 1MDB sebagai amalan biasa memandangkan beliau adalah penasihat firma pelaburan negara itu.
Nazri turut memberikan contoh dirinya sebagai menteri pelancongan dan kebudayaan apabila beliau menandatangani dokumen yang diserahkan oleh pegawainya.
"Dokumen kalau diminta untuk tanda tanga, kita tanda tangan. Saya pun sebagai menteri saya punya ketua eksekutif, dia banyak mempengerusikan berbagai mesyuarat. Jadi bila sampai pada saya, saya tanda tanganlah.
"Takkan saya tak percaya pada dia," kata Nazri.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan sama ada Najib tetap tidak bersalah walaupun menandatangani dokumen berkaitan 1MDB.
Malah menurut Nazri, Najib bukan sahaja tidak bersalah malah berpendapat bahawa lantikan perdana menteri sebagai penasihat dalam kes 1MDB sebagai perkara biasa.
"Bukan sahaja tak bersalah tapi saya percaya apa yang diputuskan oleh PAC yang terdiri daripada ahli parlimen dari semua parti.
"Biasanya selalu syarikat GLC ini dia akan lantik perdana menteri sebagai penasihat. Sama juga di peringkat negeri, mereka lantik menteri besar.
"Tapi nak dikatakan Datuk Seri Najib urus secara mikro dan buat keputusan harian, itu tak tepat. Dia banyak hal lain lagi," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan bahawa Najib selaku penasihat 1MDB menyedari dan turut menandatangani kerjasama antara syarikat tersebut dengan Petro Saudi bernilai RM3.92 bilion (USD 1 bilion).
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kirw-kira Wang Negara (PAC) berkata:
“Beliau (Najib) menandatangani dokumen jadi bermakna beliau sedar,” katanya.
Shahrol juga memberitahu, 1MDB telah memperoleh kebenaran pemegang saham dan lembaga pengarah untuk kelulusan perjanjian itu yang telah ditandatangani perdana menteri, seperti yang dikehendaki mengikut memorandum & artikel syarikat (M&A).
Mengikut Artikel 117 (c) M&A, sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan atau apa sahaja perkara yang melibatkan jaminan kerajaan untuk kebaikan syarikat, kepentingan negara dan sebarang polisi kerajaan perlu mendapat kebenaran bertulis daripada perdana menteri.
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Mat botak ni mmg selalu bg jawapan yg bodoh kan rakyat. Kamu tanda tangan..jamu bertanggungjawap.

Kalau kita jadi garantor...yg akan di cari bank nnt ialah garanto yg sign surat tu.

So..mat botak jgn lah bodoh kan rakyat

Patutpun selama ini duit rakyat hilang..rupanya depa yg jadi menteri ni..yg mengetuai satu2 kementerian tak tahu apa2(konon). Tak mahu bertanggungjawap walaupun meteka yg tanda tangan.

Mereka menteri kewangan..mereka pengerusi 1MDB yg sign semua billion2 ringgit..tapi..mereka tak mahu tanggungjawap?

Msna punya undang2 mat botak hang belajaq

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger