Home » » Peminjam tidak bayar PTPTN tidak boleh beli kenderaan, rumah

Peminjam tidak bayar PTPTN tidak boleh beli kenderaan, rumah

Written By canang on Sabtu, 23 April 2016 | 4/23/2016 11:00:00 PG


PETALING JAYA: Peminjam yang gagal untuk membuat bayaran balik pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini berdepan dengan kesukaran mendapatkan pinjaman bank untuk membeli kenderaan atau hartanah.

Ini kerana nama mereka akan dimasukkan ke dalam pangkalan data berkomputer CCRIS untuk disenaraihitamkan. Malah, langkah itu turut dilakukan kepada peminjam yang tidak konsisten dalam membuat pembayaran semula.

Perkara itu disahkan oleh oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN (Dasar dan Operasi) Mastura Mohd Khalid apabila memberitahu, langkah itu diambil ekoran kadar pembayaran semula pinjaman yang diterima PTPTN amat rendah pada Februari.

“Kami memerlukan mereka untuk membuat pembayaran balik secara konsisten kerana kami hanya berjaya mengutip RM7.5 bilion dari RM15.8 bilion.

“Kita memerlukan RM5 bilion setiap tahun untuk membiayai pelajar untuk pengajian tinggi mereka,” katanya lapor The Sun.

Perkara tersebut turut diakui jurujual Proton dan Perodua apabila memberitahu, jualan kenderaan mereka turut terjejas selepas banyak permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank, meskipun jenama kenderaan itu sentiasa menjadi pilihan utama graduan.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberikan respon, rekod pembayaran balik yang lemah dari pinjaman sebelum akan memberikan implikasi buruk kepada permohonan baru.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger