Home » » Rafizi ditangkap di pintu parlimen

Rafizi ditangkap di pintu parlimen

Written By canang on Selasa, 5 April 2016 | 4/05/2016 07:28:00 PTG



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dikatakan ditahan oleh polis di pintu pagar bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun masih belum diketahui punca penangkapan anggota parlimen Pandan itu.
Sebelum ini Rafizi mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa bahawa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Rafizi turut berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.
Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger