Home » » Ridhuan Tee rayu sultan Kedah ambil semula Pulau Pinang -

Ridhuan Tee rayu sultan Kedah ambil semula Pulau Pinang -

Written By canang on Selasa, 5 April 2016 | 4/05/2016 08:11:00 PG


Penulis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah merayu sultan Kedah mengambil semula Pulau Pinang agar nasib Melayu tidak ‘seperti di Singapura’.


 KUALA LUMPUR, 4 April — Mendakwa nasib umat Islam yang semakin tertindas, penulis kolum Ridhuan Tee Abdullah merayu Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengambil semula Pulau Pinang.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin berkata baginda boleh melakukannya bagi mengelak orang Melayu menerima nasib serupa seperti di Singapura.

“Saya amat bimbang jika ultra kiasu ini terus menerus dibiarkan berleluasa di Pulau Pinang. Apakah nasib Melayu di pulau Melayu ini?

“Justeru, hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan Kedah, ambillah kembali pulau bertuah ini ke pangkuan Tuanku. Kasihanilah umat Islam yang semakin tertindas di sana.

“Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli Tuanku mampu melakukannya,” katanya seperti disiarkan melalui kolum mingguannya di Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan masalah politik atau pentadbiran di Pulau Pinang sehingga memerlukan tindakan drastik dan luar biasa itu.

Ridhuan berkata selama ini “ultra kiasu” menganggap mereka insan mulia, jauh daripada kesilapan, bersih dan berintegriti tetapi hari ini Allah menunjukkan siapa mereka.

Katanya, sekarang bukan lagi masa untuk menuding jari siapa yang benar dan siapa salah tetapi membuktikan apa yang benar dan apa yang salah.

“Kebobrokan ultra kiasu mesti dihentikan sebelum terlambat dengan bersatu. Kerana hanya dengan bersatu sahaja yang boleh menakut dan menundukkan mereka.

“Wahai Melayu! Saudara semua sudah tidak ada banyak waktu. Mereka semakin kuat menghimpit. Mereka mahu kerajaan buka segala ruang dan peluang untuk mereka.

“Tetapi adakah mereka melakukan perkara yang sama? Memberi ruang dan peluang untuk anak bangsa.

“Kajian demi kajian telah dibuat bahawa syarikat mereka lebih selesa mengambil pekerja dalam kalangan mereka sahaja,” beliau dilaporkan berkata -sumber
Share this article :

1 ulasan:

Anoynimous berkata...

Ni satu lagi manusia celaka
Masuk islam tapi rasa masuk melayu, kepala monyang dia ajau agaknya, lepastu nak kuccar kacirkan melayu pulak, pundek
Ada jugak manusia bebal dok langut puji dia ni
Pandangla woi apa disebalik cakap dia tu

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger