Home » » Selepas TMJ, Safee Sali Pula Dedah Isu Penyelewengan Dana RM 100 Juta Membuatkan Khairy Terdiam

Selepas TMJ, Safee Sali Pula Dedah Isu Penyelewengan Dana RM 100 Juta Membuatkan Khairy Terdiam

Written By canang on Sabtu, 16 April 2016 | 4/16/2016 11:12:00 PTG

Safee Sali tidak puas hati Khairy menyalahkan pemain sebagai punca ranking bola sepak negara jatuh dan terburuk dalam sejarah bola sepak negara.
khairy

PETALING JAYA : Selepas Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim membidas Khairi Jamaluddin, kini giliran pemain kebangsaan pula meluahkan rasa kesal kepada Menteri Belia dan Sukan.
Safee Sali berkata, apabila RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan didapati lenyap, semua pihak termasuk Khairy senyap.
“Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh digunakan dengan duit sebanyak itu,” katanya menerusi status di Facebook.
Safee merujuk kepada kes rasuah yang didalangi seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang melibatkan dana kerajaan RM100 juta.


Pegawai itu telahpun didakwa di mahkamah.
Safee, pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu meluahkan tidak puas hati dengan kenyataan Khairy yang menyalahkan pemain apabila pasukan ranking bola sepak negara jatuh ke tangga 174 dunia, rekod terburuk dalam sejarah sukan negara.

Safee berkata, pihak-pihak yang berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukannya hanya menyalahkan pemain sahaja.
Sebelum ini, TMJ turut membidas Khairy dan meminta menteri itu memikirkan semula apa yang telah dikatakannya kerana selaku menteri, Khairy bertanggungjawab sepenuhnya memperbaiki mutu bola sepak negara.

Katanya, kejatuhan Malaysia ke ranking ke-174 dunia merupakan tanggungjawab KBS serta kesemua persatuan negeri bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sepatutnya mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.sumber
Share this article :

3 ulasan:

Unknown berkata...

Macamana dia blh jd menteri di situ. Bukan ada kepakaran pun. Main air liur ja. Yg dia tau guna kuasa Menterinya ja. Masalah mutu oemain di abaikan. Tambah lagi la mengenai kehilangan wang RM100M. Sampai diri tu blh kata tak tau apa. Apa punya standard la. Letak jawatan la...dok atas mkn gaji buta.

bijak berkata...

selagi bola sepak nie ada unsur politik selagi itu tidak akan maju. sepatutnya kbs menyediakan lebih byk kemudahan sukan dan pdg utk orang ramai bersukan. utk cari pdg bermain yg dijaga baik sgt sukar, kejohanan sukan peringkat komuniti dan daerah tiada dan rakyat tidal digalakkan bersukan, jd mmg patut ranking bola sebegitu. tiada inisiatif dan kemajuan sukan di bwh si Khairy nie, tahu melalak dan promosi bangga diri konon hensem shj kerjanya.

Unknown berkata...

Kalau dah jadi pemain simpanan tu le jadinya...bawa citer yg bukan bukan

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger