Home » » [VIDEO] Gempar di Jepun! Buih misteri penuhi jalan selepas gempa bumi

[VIDEO] Gempar di Jepun! Buih misteri penuhi jalan selepas gempa bumi

Written By canang on Selasa, 19 April 2016 | 4/19/2016 03:39:00 PTG


PENDUDUK di bandar Fukuoka gempar selepas jalan-jalan di bandar berkenaan dilitupi dengan lapisan buih misteri, selepas dua gempa bumi melanda Jepun, pada Khamis dan Sabtu lalu.
Buih Misteri Penuhi Jalan Selepas Gempa Bumi Di Jepun
Buih Misteri Penuhi Jalan Selepas Gempa Bumi Di Jepun
Gambar-gambar lapisan buih yang tidak diketahui puncanya itu dan tidak dapat diterangkan dengan jelas telah memenuhi media sosial.
Ramai yang membuat spekulasi bahawa gempa bumi berkenaan telah menyebabkan paip air di bawah tanah telah pecah.
Misteri buih itu berlaku tatkala penduduk di kawasan berkenaan bangun pagi Ahad dan selepas mereka baru sahaja pulih daripada gempa bumi yang melanda, hingga mengorbankan lebih 41 orang manakala 1,500 lagi mengalami kecederaan.
Pihak berkuasa menjangkakan angka kematian akan meningkat.
Gempa bumi pertama berlaku pada hari Khamis lalu dengan kekuatan 6.4 magnitud dan bencana yang kedua berlaku pada Sabtu dengan kekuatan 7.3 magnitud.
Ia mengakibatkan 140,000 rumah terputus bekalan air manakala 200,000 lagi terpaksa bergelap.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyatakan pasukan keselamatan kini sedang bergelut bagi mencari mangsa yang mungkin masih hidup dan terperangkap di celah bangunan.
“Tiada yang lebih penting daripada nyawa manusia dan kini kita sedang mengejar masa. Saya mahu aktiviti menyelamat dilakukan dengan apa cara sekali pun,’’ katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger