Home » » Individu bawa keluar surat Anwar boleh dipenjara

Individu bawa keluar surat Anwar boleh dipenjara

Written By canang on Jumaat, 20 Mei 2016 | 5/20/2016 12:57:00 PTG


KUALA LUMPUR: Individu yang membawa keluar 'warkah dari penjara' yang ditulis tangan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

 Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Akta Penjara 1995 memperuntukkan seseorang yang menyeludup atau cuba menyeludup barang larangan masuk atau keluar dari penjara sebagai satu kesalahan. Katanya, individu seperti peguam atau ahli keluarga Anwar berpeluang menyeludup keluar surat itu berikutan bekas Ketua Pembangkang itu diberikan keistimewaan berjumpa mereka dengan kerap.
 "Anwar diberi banyak keistimewaan, antaranya boleh berhubung dengan keluarga dan peguamnya dengan kerap, selain bebas ke hospital bertemu doktor, mungkin itulah peluangnya menyalurkan surat itu. "Biasanya akan ada siasatan dijalankan bagi mengesan pesalah (yang membawa keluar surat Anwar), namun sukar dibuktikan kerana ramai yang berjumpa Anwar.

 "Individu akan ditangkap ketika cuba membawa masuk atau keluar barangan, jadi Jabatan Penjara akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen di sini, hari ini. Akta Penjara 1995 memperuntukkan barang larangan dibawa masuk atau keluar adalah dadah, wang atau arak dan termasuk alat atau artikel seperti ditetapkan Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.

Individu yang didapati bersalah menyeludup atau cuba menyeludup masuk atau keluar barang larangan itu boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Anwar menulis sepucuk surat kepada pimpinan PKR yang mendakwa deklarasi diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak sempurna dan lari daripada agenda reformasi sebenar
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger