Home » » Jatuhkan Najib bukan pilihan tapi tanggungjawab

Jatuhkan Najib bukan pilihan tapi tanggungjawab

Written By canang on Rabu, 18 Mei 2016 | 5/18/2016 07:59:00 PTG

Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menyelamatkan negara daripada terus mengalami kerosakan di bawah Najib Razak.
SHAH ALAM: Perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sepatutnya dijadikan isu agama dan kaum.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, agenda menjatuhkan Najib juga bukan semata-mata agenda DAP atau Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi agenda rakyat.
“semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menyelamatkan negara daripada terus mengalami kerosakan,” katanya pada Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia menyelamatkan negara ini daripada pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.
“Wang 1MDB digunakan untuk kepentingan peribadi. Agensi kerajaan seperti Tabung Haji dirompak untuk membantu 1MDB. Agensi penguatkuasa dipergunakan yang menunjukkan seolah-olah negara ini kepunyaan seorang pemimpin.
“Adakah ini tidak bahaya dan mengancam sistem perundangan sedia ada? Ini bukan pilihan (menolak Najib) tetapi tanggungjawab kita,” kata Husam.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger