Home » » Peniaga dalam talian mungkin kena cukai tahun depan Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/154564

Peniaga dalam talian mungkin kena cukai tahun depan Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/154564

Written By canang on Selasa, 17 Mei 2016 | 5/17/2016 08:40:00 PTG


KETUA Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berucap pada Forum Sektor Awam - Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Rosela Ismail KUALA LUMPUR:

Kementerian Kewangan sedang mengkaji kemungkinan untuk mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan, sejajar kepesatan perkembangan sektor berasaskan internet di negara ini. Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata kementerian sudah mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakukan kajian terperinci mengenai perkara itu. Malah, katanya, pihak LHDN sudah menubuhkan Bahagian Perniagaan dan Perdagangan Dalam Talian, turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan itu.
 "Kita perlu mengenakan cukai terhadap mereka yang memperoleh pendapatan boleh dicukai. Jika tidak, ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama di Forum Sektor Awam - Pembaharuan Kewangan Bagi Pembangunan Ekonomi Asia, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Mohd Irwan berkata, pihaknya juga berhasrat memastikan syarikat perniagaan dalam talian untuk berdaftar dengan pihak SSM.

 "Ini bagi membolehkan kita mengetahui jumlah pendapatan yang mereka peroleh," tegasnya. Beliau berkata, kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan pendapatan pemandu teksi/kenderaan perkhidmatan Uber dan Grab boleh mencecah sehingga RM7,000 sebulan iaitu angka yang boleh dikenakan cukai. Pendapatan bulanan boleh dicukai ketika ini adalah sekitar RM3,000 hingga RM4,000.
, ketika berucap, Mohd Irwan berkata, kerajaan kekal komited kepada inisiatif pengukuhan fiskal dalam usaha memantapkan kedudukan kewangan serta bagi mencapai sasaran bajet seimbang pada 2020. Beliau turut menyuarakan rasa optimisnya bahawa hutang kerajaan dapat berada di paras kurang 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 "Kita berharap dapat merendahkan lagi paras itu kepada kurang 50 peratus menerusi langkah pengurangan pembaziran serta perbelanjaan secara berhemat, namun ini pastinya akan memakan masa," katanya. Mengulas tindakan melindungi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan, beliau berkata kementerian kini bekerjasama untuk melaksanakan penggubalan akta Syarikat Milik Kerajaan dan GLC (SOGA).

Jelasnya, SOGA bertujuan memantapkan GLC dan memacu ekonomi domestik dan pada masa sama membolehkan syarikat berkenaan kekal berdaya saing baik di peringkat tempatan serta global. - BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger