Home » » Selagi skandal kewangan tak selesai, Pulau Pinang beku urusniaga tanah 1MDB

Selagi skandal kewangan tak selesai, Pulau Pinang beku urusniaga tanah 1MDB

Written By canang on Rabu, 18 Mei 2016 | 5/18/2016 10:00:00 PTG

GEORGETOWN, 17 MEI: Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga melibatkan tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kerajaan Persekutuan menjawab segala persoalan dikemukakan umum berhubung skandal 1MDB berjumlah RM50 bilion itu.
“Kami (kerajaan Pulau Pinang) tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah, sama ada permohonan tukar hak milik atau kebenaran gadaian sehingga isu itu selesai. Ia mestilah mendapat pengesahan Exco kerajaan negeri,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Menurutnya, kerajaan Persekutuan hanya boleh menyelesaikan isu tersebut jika berlaku jujur dengan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara tentangnya yang kini disembunyikan kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mengira kos impak negatif keingkaran hutang oleh 1MDB selain menerangkan kepada semua pihak mengapa masih tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas skandal dan penyelewengan 1MDB.
“Saya tidak faham bagaimana pihak berkuasa di negara kita masih tidak melakukan apa-apa tindakan sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara lain terhadap mereka yang terlibat.
“Apa sebenarnya yang cuba disorok oleh kerajaan Persekutuan apabila mereka enggan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara di samping mengambil tindakan?” katanya dalam satu kenyataan media.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menambah, menyelamatkan 1MDB dengan memindahkan semua asetnya kepada Kementerian Kewangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana rakyat Malaysia akan tetap menanggung beban hutang syarikat itu.
“Jika semua aset 1MDB diambil oleh Kementerian Kewangan, ia bermakna semua liabiliti dan hutang 1MDB juga akan diambil. Bagaimana 1MDB mampu melangsaikan hutangnya jika semua asetnya dipindahkan kepada Kementerian Kewangan?
“Setiap hutang 1MDB akhirnya akan dibayar oleh kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan. Jadi, tak kira sama ada berlaku pemindahan liabiliti atau tidak, kerajaan Malaysia atau sebenarnya rakyat Malaysia, tetap kena tanggung,” jelasnya.
Berhubung tanah berkeluasan 234 ekar di Air Itam itu, Guan Eng berkata, 1MDB tidak membeli 100 peratus milikan tanah tersebut – sesuatu yang disifatkan beliau sebagai ganjil kerana tiada pemaju perumahan yang serius akan membeli tanah tanpa mendapat milikan 100 peratus.
“Ia ganjil kerana undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa sebarang pembangunan mestilah mendapat pengesahan oleh 100 peratus pemiliknya.
“Lagipun, tanah itu dibeli sebelum pilihanraya umum 2013 dan Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk membina 9,999 unit perumahan rakyat untuk 2,500 keluarga setinggan di situ.
“Namun kini, ramai mempersoalkan sama ada janji itu masih praktikal atau tidak kerana milikan tanah itu bukan 100 peratus. Ia dimaklumkan sendiri oleh 1MDB kepada pejabat tanah negeri,” katanya. – Roketkini.com
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

hidup LGE

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger