Home » » Tiga tahun tidak boleh keluar negara jika ejek kerajaan

Tiga tahun tidak boleh keluar negara jika ejek kerajaan

Written By canang on Rabu, 25 Mei 2016 | 5/25/2016 04:59:00 PTG

 Sumber Jabatan Imigresen berkata arahan sekatan rakyat Malaysia ke luar negara selama tiga tahun dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu.

PETALING JAYA: Fikir dua kali sebelum melancarkan kata-kata serangan terhadap kerajaan kerana anda mungkin dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara selama tiga tahun.
Menurut sumber Jabatan Imigresen, arahan itu dikuatkuasakan sejak beberapa bulan lalu sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk melindungi imej negara, lapor The Star.
“Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa juga bentuk akan disekat daripada ke luar negara,” kata sumber itu, menambah Jabatan Imigresen akan bertindak jika menerima permintaan daripada polis atau agensi penguatkuasaan lain.
Katanya, hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen yang mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan sebarang rayuan.

Arahan itu juga terpakai kepada semua rakyat Malaysia di luar negara yang mempersendakan kerajaan, kerana mereka juga akan dihalang ke luar negara selama tiga tahun, sebaik saja pulang ke Malaysia.
Dalam emel balasan kepada The Star berkaitan arahan itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata memandangkan pasport antarabangsa rakyat Malaysia dikeluarkan kerajaan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan boleh menggunakan budi bicaranya untuk sama ada mengeluarkan, menangguhkan atau membatalkannya.
Katanya, mereka yang disekat melakukan perjalanan ke luar negara ada hak untuk mencabar perintah itu di mahkamah, jika mereka mahu.
Pada masa ini, individu yang diisytiharkan bankrap, berdepan kes guaman atau gagal menyelesaikan hutang kerajaan, biasanya dilarang meninggalkan negara.
Arahan sama dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah di dalam atau luar negara, sengaja merosakkan pasport dan melawat Israel tanpa kelulusan.sumber
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Malaysia adalah sebuah negara yg aman makmur dengan hasil bumi yg cukup banyak untuk menjana ekonomi negara. Malaysia juga dipimpin oleh seorang perdana menteri yg cukup berwawasan, berani, cekap, romantik, setia dan tidak pernah terlibat dgn kes rasuah atau salah guna kuasa. kepimpinan yg progresif ini telah menjadikan Malaysia negara yg paling maju di dunia sehingga disegani oleh negara eropah, amerika, arab dan monggolia.

apamacam...boleh keluar negara tak?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger