Home » » Ulama PAN DISINGKIRKAN daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qadraw

Ulama PAN DISINGKIRKAN daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qadraw

Written By canang on Ahad, 22 Mei 2016 | 5/22/2016 09:15:00 PG

Ulama Parti Amanah Negara (PAN), Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telah pun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching
Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.
Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.
Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :
Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah
Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.
Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.
Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”
Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.
Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.
Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.
Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.
Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.
Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.
Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.
Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)
Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.
Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.
Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.
Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.
Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!
Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.
Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.
Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.
Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.
Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.
Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM
Doha
Share this article :

3 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau setakad nama ja ulamak..tapi dlm bab politik mcm hampas..tak payah la.
Mulut dok fitnah kata org itu ambil pil kuda la...minum ayaq ketum la...terlibat dlm fajaman komunis la..tak pandai nak minta maaf bila dah terang buat fitnah...jgn nak bangga la diberi gelaran ulamak.
Politik hancus..msh nak bertahan
Mmg hancus la parti.

Unknown berkata...

Aku akn keluar Pan kalau pemimpin2nya terang2 sokong syiah

Unknown berkata...

Duk lah lg dalam PAN.. org kg di Pendang sejak sblm PRK 13 lagi dah pakat tolak calon yg didakwa mereka sbg Syiah.. tapi aku tak tahulah sbb aku bukan mengundi di sana..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger