Home » » Wanita Arab Saudi Periksa Telefon Suami Berdepan Hukuman

Wanita Arab Saudi Periksa Telefon Suami Berdepan Hukuman

Written By canang on Ahad, 15 Mei 2016 | 5/15/2016 09:09:00 PTG


Riyadh – Wanita Arab Saudi berdepan risiko dipenjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran


Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

Menurut peguam Mohammed Al-Temyat, yang memperkenalkan diri sebagai anggota Program Keselamatan Keluarga kerajaan Arab Saudi, wanita boleh dihadapkan ke mahkamah jika saman difailkan terhadap mereka.

Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 2005 untuk memperbaiki akses kepada perkhidmatan sosial.


Tiada hukuman diperuntukkan untuk kesalahan itu kerana ia tidak tertakluk dalam undang-undang Islam, sebaliknya hukuman boleh dikenakan menurut budi bicara hakim, bermakna mereka boleh dipenjarakan.

“Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta’zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung.

“Ia kesalahan ta’zir yang tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan,” katanya kepada akhbar Makkah. – BH Online
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger