Home » » HAKIM TARIK DIRI DENGAR SEMAKAN KEHAKIMAN ANWAR DAN KELUARGA

HAKIM TARIK DIRI DENGAR SEMAKAN KEHAKIMAN ANWAR DAN KELUARGA

Written By canang on Khamis, 9 Jun 2016 | 6/09/2016 10:24:00 PTG

Turut memfailkan permohonan itu ialah anak-anak Nurul Izzah, Raja Nur Safiyah Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Raja Ahmad Harith, masing-masing berumur sembilan dan tujuh tahun serta anak-anak Nurul Nuha iaitu Sulaiman Mohamad Khairul dan Yahya, masing-masing berumur empat dan tiga tahun.
Dalam permohonan itu mereka memohon perintah bahawa keputusan pengarah Penjara Sungai Buloh bertarikh 14 Mac lepas yang tidak membenarkan sentuhan fizikal antara Anwar dan kesemua anggota keluarga dibatalkan.
Mereka mendakwa semasa lawatan ke penjara yang dibenarkan setiap tiga minggu sekali, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah dipisahkan daripada mereka melalui dinding kaca dan percakapan hanya dibuat melalui telefon.
Anwar melalui surat peguam caranya bertarikh 2 Mac lepas, telah memohon kepada ketiga-tiga responden supaya membenarkan sentuhan fizikal semasa lawatan keluarga ke penjara tetapi mendakwa pengarah Penjara Sungai Buloh menolak permohonan berkenaan melalui surat bertarikh 14 Mac.
Kesemua pemohon mendakwa penafian sentuhan fizikal itu menyebabkan penderitaan terhadap mereka, tidak munasabah, tidak sah dan melanggar Akta Penjara 1995 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 serta melanggar Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan. – Bernama
Share this article :

1 ulasan:

Anoynimous berkata...

Malaysia sudah dipenuhi penguasa dan penguatkuasa gila babi
Penguasa dan penguatkuasa yg jelas mempamerkan kebodohan tanpa dapat dikawal
Sudah sampai masanya bahawa ilmu tidak dapat membantu mereka yg memilikinya
Gelaran hanya pengkelasan bagi mereka yg rendah akhlak dari kalangan pemberi dan penerimanya

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger