Home » » 'Kelantan nak hudud kerana banyak jenayah'

'Kelantan nak hudud kerana banyak jenayah'

Written By canang on Ahad, 5 Jun 2016 | 6/05/2016 10:09:00 PG

Kelantan mahu melaksanakan undang-undang syariah lebih tegas kerana penganut Islam di negeri itu tidak takut dengan hukuman sedia ada, kata Datuk Seri Nazri Aziz.
Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata muslim di negeri lain - seperti di Selangor - lebih taat mengikut ajaran Islam dan ia tidak memerlukan pindaan enakmen syariah.
"Kelantan (digelar) Serambi Mekah (tetapi) berlaku banyak (maksiat), sebab itu (PAS) nak buat (undang-undang syariah).
"Orang Kelantan kena denda RM5,000 mereka tak takut, tetap nak buat (kesalahan) juga. Kenakan (penjara) lima tahun pun tak takut, sebat enam kali lagi tak takut," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibenarkan membawa usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu selepas dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut PAS usul berkenaan - yang dibawa melalui rang undang-undang persendirian - adalah untuk memperkasa mahkamah syariah terutama di Kelantan.
Bagaimanapun Abdul Hadi memohon rang undang-undang itu dibentangkan dan dibahas pada sesi parlimen akan datang.

Kata Nazri PAS perlu dibiarkan melaksanakan undang-undang syariah lebih ketat di Kelantan yang ditadbir mereka.
"Dia (PAS) nak buat di negeri dia, lantak dialah," katanyahttps://www.malaysiakini.com/news/344090
Share this article :

3 ulasan:

Anoynimous berkata...

Menteri mulut longkang
Cakap guna kepala lutut dan kepala kon
Dia menteri tapi dia ada statistik ke tidak yg cakap macam orang biul
Kenapa masih disitu menteri akal pendek maacam dia ni?

Unknown berkata...

Menteri mcm ni najib simpan lg.lg rosak la umno bila menteri cakap atau buat kenyataan ikut kepala otak serabai dia.

Unknown berkata...

Menteri paling celaka di abad ini..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger