Home » » #PRKKualaKangsar : Pertembungan Empat Penjuru

#PRKKualaKangsar : Pertembungan Empat Penjuru

Written By canang on Ahad, 5 Jun 2016 | 6/05/2016 11:54:00 PG

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas.
BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari.
Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi.
Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat.
SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas. Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatnya bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan keluar dari Pusat Penamaan Calon pada jam 10 pagi. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci sebab menarik diri.
Dengan pertembungan empat penjuru ini maka hasrat Tun Dr Mahathir yang menyeru agar hanya wujud pertembungan satu lawan satu akhirnya gaga
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger