Home » » Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report.

Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report.

Written By canang on Sabtu, 9 Julai 2016 | 7/09/2016 04:58:00 PTG

NEGARA KEHILANGAN USD 6.87 BILLION = RM 27.7 BILLION RINGGIT MALAYSIA.
Raja-Raja Perlu Taklimat Khas Ketua Audit Negara
Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang diOSAkan oleh PM jatuh juga ke tangan Sarawak Report.
Sepanjang laporan SR mengenai 1MDB - belum ada yang dapat dipertikaikan kebenarannya oleh kerajaan.
Bermula hari ini, SR akan menyiarkan secara bersiri butir-butir dari Laporan AG itu.
Laporan AG menyenaraikan sejumlah USD 6.87 B 'pelaburan yang tidak dapat disahkan' atau dalam bahasa mudah - wang negara yang dilesapkan - menerusi 1MDB!
Usd 6.87 B bersamaan RM 27.7 Billion!
Rakyat Malaysia yang gila saja tidak akan sensitif dengan jumlah ini.
Bagaimana negara boleh membaca Laporan penting ini secara sah?
Bagaimana tindakan mengOSAkan penyelewengan ini dijadikan sebagai satu jenayah?
Bolehkah YDP Agung dan Raja-Raja Melayu menitahkan mereka diberikan taklimat Khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan Laporan ini diberikan kepada mereka?
Kemudian, Raja-Raja menitahkan ia dikelaskan semula sebagai bukan OSA. Diedarkan untuk dibaca oleh seluruh rakyat.
Saya agak, TM Johor saja, sudah layak menitahkan sedemikian jika sebenarnya PM menghormati Raja-Raja dan tidak ada jenayah yang hendak ditutup.
Adakah wajar, kerana satu makhluk bernama PM, satu negara bernama Malaysia perlu dinafikan hak untuk mengetahui kedudukan tentang kepentingan negara mereka demi mengelakkan tindakan ke atas pihak yang telah melakukan dosa ke atas seluruh rakyat?
Husam Musa
3 Syawal 1437/8 Julai 2016
sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger