Home » » Diamlah Guan Eng atau saya dedah bukti rasuah, kata Peguam Negara -

Diamlah Guan Eng atau saya dedah bukti rasuah, kata Peguam Negara -

Written By canang on Ahad, 24 Julai 2016 | 7/24/2016 12:58:00 PTG


Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggesa Lim Guan Eng tidak mengulas kes rasuah sehingga menyerang integriti Peguam Negara atau beliau akan mendedahkan bukti kes itu. ― Foto oleh Saw Siow Feng KUALA LUMPUR, 23 Jul ― Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapinya. Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah di sebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim. “Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti ‘menyerang’ integriti saya sebagai pendakwa raya. “Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya. “Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim berkata kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya. Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. ― Bernama -
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger