Home » » Ezam: Status sulit laporan 1MDB jelas salah

Ezam: Status sulit laporan 1MDB jelas salah

Written By canang on Rabu, 13 Julai 2016 | 7/13/2016 09:00:00 PG

Bekas senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengkritik pengelasan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Katanya, OSA tidak boleh diguna pakai melainkan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan sahaja.
“Guna pakai OSA dalam laporan 1MDB jelas salah dan perlu diperbetul,” katanya di Twitter.
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menuntut kerajaan mengubah status laporan itu.

Desakan itu dibuat atas alasan supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga 1MDB.MALAYSIAKINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger