Home » » Hakim kes Anwar putuskan tahanan ada hak mengundi

Hakim kes Anwar putuskan tahanan ada hak mengundi

Written By canang on Jumaat, 15 Julai 2016 | 7/15/2016 10:17:00 PTG

Rakyat negara ini yang ditahan di penjara mempunyai hak untuk mengundi tetapi mereka mesti memohon kebenaran bertulis daripada ketua pengarah Jabatan Penjara jika mahu menggunakan hak itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dua yang lain berhubung dakwaan beliau dinafikan hak untuk mengundi pada pilihan raya kecil Permatang Pauh tahun lalu.





Peguam Anwar, N Surendran berkata walaupun mahkamah menolak permohonan itu, keputusan itu masih penting kerana ia bermakna ribuan tahanan boleh menggunakan hak mereka untuk mengundi.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang membuat keputusan berkenaan dalam kamar turut memerintahkan bekas ketua pembangkang itu untuk membayar kos sebanyak RM5,000.
Anwar menamakan SPR, bekas pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan kerajaan sebagai responden.
Anwar selaku plaintif dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat, mendakwa sudah mendaftar sebagai pengundi sebelum Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara berkenaan terhadapnya pada 10 Februari tahun lalu.
Beliau menuntut daripada mahkamah perisytiharan di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan bahawa beliau dibenarkan mengundi.
Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjit Singh memberitahu pemberita bahawa SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan Anwar yang kini dipenjarakan daripada menjalankan hak beliau sebagai pengundi.
Katanya, mahkamah memutuskan bahawa Anwar perlu mengemukakan permohonan kepada ketua pengarah Jabatan Penjara supaya beliau boleh dibawa keluar dari penjara untuk mengundi.Malaysiakini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger