Home » » Husam Dedah Kelantan Tenat, Harta Rakyat Dijual Senyap-Senyap

Husam Dedah Kelantan Tenat, Harta Rakyat Dijual Senyap-Senyap

Written By canang on Isnin, 18 Julai 2016 | 7/18/2016 11:07:00 PTG

Ekonomi Kelantan semakin tenat jika dilihat dari satu persatu harta syarikat Kerajaan Negeri tergadai. Bertambah malang lagi, ramai di kalangan rakyat Kelantan langsung tidak menyedari akan situasi ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Husam Musa mendakwa kerajaan negeri terus menjual aset negeri di bawah nilai pasaran.
ADUN salor itu mendedahkan, Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.
Hotel Perdana milik Kerajaan Kelantan telah dijual dengan harga RM26 juta.
Selain Hotel Perdana, harta rakyat milik kerajaan negeri yang digadai senyap-senyap termasuklah Perdana Resort, Rumah Sri Kelantan, PMBK Sawit, Tanah Lembah Sireh, Tanah Masjid Telipot, Tanah Tapak Majlis Belia Kelantan dan Tanah Hutan.
Terbaru yang bakal dijual ialah Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).
KPK ditubuhkan oleh Bekas Menteri Besar Kelantan daripada UMNO, Tan Sri Mohamed Yaakob pada 26 Januari 1979. Kompleks ini sudah diambang kehancuran kerana dihujani dengan bermacam-macam saman.
KPK telah diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan membayar ganti rugi kepada seorang individu (syarikat) bernilai lebih RM2 juta. Individu berkenaan tuan milik sebuah syarikat perkayuan mengemukakan saman kepada KPK, menuntut ganti rugi kerana dikatakan melanggar terma perjanjian kontrak dengan KPK.
KPK juga bakal diminta untuk membayar tuntutan RM7 juta.
Terbaru, tanah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Kelantan Berhad yang berada di lokasi berdekatan dengan jalan baru Kota Bharu-Ketereh yang sedang dalam pembinaan yang bernilai lebih kurang RM10 juta telah dikeluarkan tender tawaran untuk jualan.
Pada umumnya, tanah di kawasan strategik seperti itu harus dijual dengan harga yang lebih mahal. Adakah terdapat skandal yang mendesak pihak Kerajaan PAS Kelantan menjual tanah tersebut?
Kerajaan pimpinan PAS Kelantan menjual harta milik rakyat bukanlah sesuatu fenomena yang baru, malahan sebelum ini pun telah banyak harta dan tanah rakyat Kelantan yang telah tergadai.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger