Home » » Jho Low gagal dikesan - PDRM

Jho Low gagal dikesan - PDRM

Written By canang on Ahad, 24 Julai 2016 | 7/24/2016 09:57:00 PTG



MANA MUFTI-MUFTI YG TERSOHOR BERSEMBUNYI DALAM ISU 1MDB BIN MALAYSIAN OFFICIAL1 YG DIBONGKAR OLEH DOJ? MENGAPA MULUT TERMANGGA, BISU, KELU, MACAM KERBAU TERCEKIK JERAMI

Mana mufti Malaysia yang seramai 15 orang dalam kes Najib? Jenayah Najib, bini Najib dan anak tiri Najib bukan rahsia lagi. Jika dunia sudah tahu, takkan para mufti kita belum tahu?

2. Jika LGE yg terlibat, bingkas kamu bangun desak dia macam-macam. Kamu cungkil pelbagai istilah agama utk mengaitkannya dengan keburukan dan kejahatan. Tapi apabila Najib buat masalah, mulut kamu termangga, bisu, kelu, macam kerbau tercekik jerami kering.

3. Ada mufti haramkan tabligh, ada yg haramkan orang itu dan kelompok ini. Sampai bila kami nak tunggu mufti keluar fatwa haram pemimpin seleweng duit rakyat? Takkan tabligh lebih bahaya daripada Najib yg seleweng duit rakyat?

4. Mufti boleh muzakarah fasal kismis jampi, jual air dibacakan Al-Quran, fatwa tentang shisha, fatwa tentang minyak wangi beralkohol, bila lagi kamu nak fatwakan haram pemimpin zalimi rakyat?

5. Adakah mufti rasa isu 'money laundering' tiada kaitan dgn agama, atau isu ini bukan maslahah rakyat, atau isu Najib tidak termasuk dlm bidang kuasa mufti sehingga mulut mufti tertutup?

6. Jika apa-apa kesalahan yg melibatkan rakyat biasa, bingkas sungguh mufti keluarkan dalil al-Quran dan hadith, tapi apabila melibatkan penguasa kemana perginya kisah perjuangan sahabat dan ulama yg mufti dendangkan itu?

7. Wahai mufti bangunlah dari lena kamu yg panjang itu. Lihatlah derita rakyat. Usah terpesona dgn jubah kamu sehingga kamu berasa kamu sudah cukup sempurna dalam beragama, padahal kamu membiarkan negara ini lingkup gara-gara pemimpin korup seperti Najib.8

8. Nikmat dunia apa lagi yg kamu mahukan? Dalil apa lagi yg kamu tunggukan? Kaedah fiqh apa lagi yg kamu belum hafal dan hadam? Gelaran apa lagi yg kamu dambakan? Apa lagi yg kamu lahapkan?

9. Inilah masa kamu jadi mufti yg membela rakyat bukan membela penguasa jahat. Jadilah mufti untuk rakyat. Berfatwalah utk kesejahteraan rakyat. Bermuzakarahlah utk membela rakyat.

10. Aku tahu ada mufti yg tegas dan prihatin rakyat. Itu belum cukup. Kamu mesti melakukan lebih daripada itu kerana kamu memikul amanah ilmu. Jika rakyat yg jahil sanggup mendepani penguasa zalim, takkanlah kamu yg alim ingin jadi penjilat penguasa?

11. Kamu tak perlu jawab semua soalan ini kepada aku, tapi jawablah kepada rakyat yg membayar gaji kamu. Itu pun jika kamu adalah mufti yg jujur dgn ilmu. Bangunlah wahai mufti. Buktikan wibawa kamu demi rakyat.

SUMBER
Dipetik drpd FB Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Share this article :

3 ulasan:

Anoynimous berkata...

Mufti alim?
Bukan semua mufti malaysia ni alim
Mufti adalah jawatan

wanmohd endut berkata...

Najib tau di mana apek tu berada

pendita muda berkata...

Tidur la wahai Mufti Untuk selamatnya,.tak ada Mufti aku Islam juga,.cukup la ada Ustaz yg berkertampilan punya Ilmu dan minda lebih baik dari Mufti,.daripada jadi tunggul mati lebih baik tak ada Jawatan Mufti ,...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger