Home » » Kami Belum Nikah, Hanya Rancang Nikah Bali - Nora Danish

Kami Belum Nikah, Hanya Rancang Nikah Bali - Nora Danish

Written By canang on Ahad, 24 Julai 2016 | 7/24/2016 10:23:00 PG

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial kononnya aktres jelita, Nora Danish, 35, telah bernikah dengan kekasihnya, Nedim Nazri dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Susulan dakwaan itu, Nora Danish tampil menjelaskan perkara sebenar.

Kata Nora,  dia tidak mempunyai sebarang idea bagaimana dakwaan itu boleh tercetus di media sosial, namun mengaku bahawa dirinya dan Nedim masih merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Demi Allah, saya masih belum mendirikan rumah tangga seperti yang diperkatakan. Tetapi, memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini juga.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini saya tak mahu mencanang lebih-lebih kerana semuanya masih di dalam perancangan,” katanya, memetik mStar Online.



Nora juga mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin di Bali, Indonesia tetapi masih belum mencapai kata putus dan mereka berniat untuk mengadakan majlis secara sederhana sahaja.

“Khabar angin yang mengatakan saya ke Bali untuk meninjau lokasi perkahwinan juga tidak betul kerana saya ke sana kerana tuntutan kerja.

“Kami memang ada merancang untuk mengadakan majlis di sana tetapi ia sekadar perancangan dan masih belum ada kata putus,” jelasnya lagi. –Kedahnews.com
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger