Home » » Kerajaan negeri yang berhutang dengan Putrajaya RM16.8 bilion

Kerajaan negeri yang berhutang dengan Putrajaya RM16.8 bilion

Written By canang on Sabtu, 9 Julai 2016 | 7/09/2016 07:11:00 PTG


Kerajaan-kerajaan negeri di seluruh negara memiliki hutang dengan kerajaan persekutuan berjumlah RM16.8 bilion setakat 31 Disember 2015, kata Kementerian Kewangan.
Dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), negeri yang mempunyai jumlah hutang yang paling banyak ialah Pahang RM2.9 bilion, Sabah RM2.6 bilion, Sarawak RM2.5 bilion dan Kedah RM2.3 bilion.
Pulau Pinang pula mempunyai jumlah hutang paling sikit iaitu RM69.3 juta, diikuti Johor RM249 juta dan Perlis RM373.2 juta.
Menurut Kementerian Kewangan, pinjaman itu diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas antaranya projek bekalan air, industri, perumahan awam kos rendah dan lain-lain projek.
"Setakat 31 Disember 2015, hutang yang belum dijelaskan oleh semua kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan berjumlah RM16,824,607,187.41," kata kementerian ituKementerian Kewangan menjawab soalan Teresa mengenai hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan yang masih belum dibayar sehingga Disember 2015.
Negeri-negeri lain ialah Johor RM249.1 juta, Negeri Sembilan RM942.76 juta, Melaka RM950.97 juta, Perak RM608.63, Selangor RM1.032 bilion dan Kelantan RM1.34 bilion.
Bagaimanapun, hutang bagi Wilayah Persekutuan tidak dinyatakan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger