Home » » Latihan pemain JDT dengan skuad negara tiada manfaat - TMJ

Latihan pemain JDT dengan skuad negara tiada manfaat - TMJ

Written By canang on Jumaat, 15 Julai 2016 | 7/15/2016 09:00:00 PG

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan latihan beberapa pemain pasukan itu dengan skuad kebangsaan tidak memberi manfaat selepas berbulan-bulan masa dihabiskan di kem latihan.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, selepas kecewa terhadap organisasi skuad kebangsaan iaitu FAM dan Football Limited Liability Partnership (FMLLP), beberapa pemain menemui beliau dan menyatakan hasrat bersara.
"Mereka tidak mahu mengumumkannya melalui media dan akaun media sosial sendiri kerana terdapat ramai peminat bola sepak yang tidak bertanggungjawab sentiasa akan menyalahkan tindakan mereka. Saya bersetuju dan mengarahkan pegawai di kelab kami untuk mengendalikannya," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JDT.
Terdahulu, empat pemain JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunalan mengumumkan persaraan mereka dari skuad bola sepak negara.
Perkara itu turut dipandang serius oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengandaikan isu tersebut mungkin berkait dengan kenyataan Tunku Ismail berhubung kecederaan pemain JDT selepas menyertai kem latihan dan perlawanan bersama skuad kebangsaan, baru-baru ini.
Tunku Ismali turut meminta peminat bola sepak di seluruh negara dan penyokong setia FAM memahami keputusan tersebut.
"Pemain ini sayangkan negara, mewakili negara adalah penghormatan terbesar yang pernah mereka lalui dalam kerjaya.
"Mereka bukan melakukannya kerana tidak suka kepada Malaysia, mereka melakukan kerana mereka adalah manusia seperti anda dan saya.
"Mereka melakukan ini kerana sudah letih dengan panggilan yang tidak sepatutnya di mana mereka perlu menghabiskan masa berbulan-bulan di kem latihan dengan latihan tidak mencukupi dan tidak memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan," jelasnya.
Diabaikan FAM
Tambah beliau, pemain tersebut terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil tahu kebajikan pemain, termasuk isu pembayaran gaji.
"Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka.
"Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan," katanya sambil menambah beliau berdiri bersama pemain berkenaan.
Sementara itu Tunku Ismail berkata, mereka telah mencuba pelbagai cara profesional seperti merujuk kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan menyuarakan masalah kepada jurulatih dan pegawai FAM.
"Tetapi seperti biasa, FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun.
"Oleh itu nasihat saya kepada anda adalah, anda perlu berdiri bersama pemain dan kelab. Minta perubahan dalam FAM, sama ada mereka suka atau tidak satu hari nanti mereka perlu berubah," tegasnya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger