Home » » Lawak je, jangan ambil serius ‘PM=Pencuri’, kata Afdlin

Lawak je, jangan ambil serius ‘PM=Pencuri’, kata Afdlin

Written By canang on Rabu, 13 Julai 2016 | 7/13/2016 08:54:00 PTG


Tak perlu sekat kemasukan dia ke Malaysia, dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif.
PETALING JAYA: Gesaan sekumpulan penggiat seni melarang masuk pelawak Singapura, Fakkah Fuzz susulan jenakanya menyamakan istilah perdana menteri dengan “pencuri” adalah tidak wajar, kata Afdlin Shauki.
“Secara peribadi, saya kenal Fakkah Fuzz dan saya tahu niat beliau hanya sekadar berlawak,” kata pelawak dan pelakon itu kepada FMT.
Fakkah baru-baru ini mengundang kontroversi selepas video persembahan lawaknya menjadi viral.
Dalam sedutan video itu, Fakkah berkata di Singapura, perkataan “thief” dalam Bahasa Melayu adalah “pencuri”, tetapi di Malaysia ia juga disebut “perdana menteri”.
Fakkah kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak berniat menghina sesiapaSusulan itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 4 Julai mahu Fakkah dilarang memasuki negara.
Ini kerana, katanya, artis Malaysia tidak mengkritik pimpinan negara lain.
Bagaimanapun, Afdlin berkata tidak perlu melatah dengan isu sebegini.
“Fakkah berlawak di Singapura, bukan di Malaysia. Saya rasa sekiranya beliau menggunakan lawak itu di sini, bolehlah jadi isu besar.
“Tak perlu nak sekat kemasukan dia ke Malaysia. Dia hanya berlawak. Kita sebagai rakyat Malaysia, jangan terlalu sensitif dengan isu kecil ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelawak terkenal, Harith Iskandar, enggan memberi komen.
“Fokus beliau untuk masa depan, bukan masa silam,” kata seorang jurucakap Harith ketika dihubungi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger