Home » » Pemuda Umno buat laporan ke atas Zeti, Gani, Abu Kasim

Pemuda Umno buat laporan ke atas Zeti, Gani, Abu Kasim

Written By canang on Selasa, 26 Julai 2016 | 7/26/2016 07:24:00 PTG


Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Menurut Naib Ketua Umno Khairul Azwan Harun, ketiga-tiga individu berpengaruh di negara ini dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Dalam laporannya yang juga diperolehi oleh Malaysiakini, Khairul Azwan berkata, ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Katanya, mereka dipercayai memberikan maklumat sulit berkenaan kepada pihak asing tanpa kelulusan sah oleh pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa sebahagian besar maklumat dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.
Khairul menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan mengenai perkara ini.
Ditanya mengenai dokumen yang dibekalkan oleh tiga individu berkenaan, beliau berkata, akan hanya berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab."Terpulang kepada pihak polis," katanya apabila disoal bila maklumat berkenaan akan dikongsi.
Menjawab soalan sama ada beliau juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM, Khairul Azwan mengulangi bahawa ia juga terpulang kepada pihak polis
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger