Home » » 'SAYA AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BUNUH KORUPSI DALAM FAM' - TMJ

'SAYA AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK BUNUH KORUPSI DALAM FAM' - TMJ

Written By canang on Isnin, 18 Julai 2016 | 7/18/2016 05:50:00 PTG

"Saya boleh memberi jaminan kepada anda, bahawa saya akan melakukan apa sahaja untuk membunuh korupsi dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mereka-mereka yang terlibat."Demikian luahan rasa tidak puas hati pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap badan induk bola sepak negara dalam perenggan terakhir satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.

Katanya, Malaysia memerlukan 'orang bola sepak', jurulatih profesional dan bukannya 'businessman', sambil menyentuh peranan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP).

"Untuk FMLLP, anda sepatutnya menjaga kepentingan kelab dan penyokong. Bukan kepada beberapa individu-individu tertentu yang membuat jutaan ringgit," kata TMJ yang terlebih dahulu mengulas mengenai tindakan empat pemain JDT bersara daripada pasukan kebangsaan.

Tunku Ismail yang menyokong keputusan itu berkata, pemain terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil berat hal-ehwal kebajikan pemain dan memohon peminat memahami tindakan mereka.

"Mereka terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil hal ehwal kebajikan mereka dan tidak berbuat apa-apa apabila rakan-rakan mereka tidak menerima gaji dari kelab masing-masing. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. 

"Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka. Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan. 

"Saya berdiri bersama pemain-pemain ini. Terdapat lebih ramai lagi pemain yang mahu mengambil tindakan yang sama seperti pemain JDT lakukan tetapi mereka terlalu takut dengan pengurusan mereka.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Mudah bagi anda untuk memberi komen dan mengkritik. Tetapi jika anda berada di tempat mereka, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama. Mereka telah cuba pelbagai cara yang sepatutnya dan profesional yang mungkin untuk mengendalikan perkara-perkara ini seperti merujuk kepada FAM, dan juga menyuarakan masalah mereka kepada jurulatih dan pegawai FAM," katanya dalam kenyataan lima perenggan itu.

Hari ini, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal mengumumkan persaraan daripada Harimau Malaysia, sehari selepas kapten pasukan, Safiq Rahim, dan Aidil Zafuan Abdul Radzak membuat keputusan sama semalam.
Share this article :

3 ulasan:

haedar bakrun berkata...

Cayalah Tmj....bakul smpahkn mahkluk yg rasuah dlm Fam!!!

THE BACKPACKER berkata...

Celakalah orang yang memberi & menerima rasuah... celakalah hendaknya...

Husmad Ahmad berkata...

dalam sukan kalau ada yg bekepentingan terutama wang sampai bila tak akan maju sukan kita.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger