Home » » Seorang wanita maut ketika menjalani sesi urut tradisional

Seorang wanita maut ketika menjalani sesi urut tradisional

Written By canang on Khamis, 14 Julai 2016 | 7/14/2016 09:58:00 PTG

Seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia pada Ahad lalu ketika menjalani sesi Tui Natheraphy iaitu sejenis urutan terapeutik Cina, di Singapura.

Menurut akhbar Lianhe Wanbao, Serene Lim Xinhui telah melawat sebuah klinik yang terletak di sepanjang Orchard Road selepas membeli-belah di kawasan tersebut.

Semasa menjalani terapi Tui Na, Serene tiba-tiba mengalami sawan sebelum beralih ke keadaan koma.

Terkejut dengan keadaan Serene, seorang pakar urut dengan segera menghubungi Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk bantuan.

SCDF kemudian menghantar ambulan ke tempat kejadian untuk membawa mangsa ke Hospital Tan Tock Seng.

Bagaimanapun, Serene disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 8.50 malam ketika menerima rawatan kecemasan.

Menurut ibunya, mereka menerima panggilan daripada pihak hospital pada kira-kira jam 8 malam, serta dimaklumkan bahawa Serene sedang menerima rawatan kecemasan.

Menurut pakar urut di klinik tersebut, ini merupakan kali pertama Serene mendapatkan urutan tradisional itu.
Pihak polis berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan masih menunggu laporan bedah siasat.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger