Home » » Adakah Shahrol bakal jadi kambing hitam 1MDB?

Adakah Shahrol bakal jadi kambing hitam 1MDB?

Written By canang on Selasa, 23 Ogos 2016 | 8/23/2016 11:08:00 PTG


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mungkin bakal menjadi kambing hitam dalam skandal berbilion-bilion 1MDB ringgit jika polis mengehadkan siasatan mereka sebagaimana arahan kabinet, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pua berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam bahawa siasatan polis adalah terhad kepada lima cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), seperti arahan oleh kabinet.
Pua, yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berkata cadangan PAC adalah berkaitan dengan penyusunan semula korporat.
 "Satu-satunya permintaan oleh PAC dalam laporannya, yang bukan sebahagian daripada lima cadangan itu, adalah supaya bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan mereka yang terlibat disiasat oleh pihak berkuasa. "Ini membawa rakyat untuk mempercayai bahawa ‘kepungan pagar’ oleh kabinet, dan diterima oleh IGP adalah tidak lebih daripada satu strategi untuk meletakkan keseluruhan kesalahan bagi penipuan berbilion dolar itu di bahu Shahrol.
"Adalah jelas bahawa Shahrol akan menjadi kambing hitam untuk mengurangkan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang gagal mengambil sebarang tindakan konkrit terhadap mana-mana pihak berhubung kerugian yang dinamakan oleh (akhbar) Guardian UK sebagai skandal kewangan terbesar di dunia," kata Pua dalam satu kenyataan.
Shahrol adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, dan beliau juga berkhidmat dalam jawatan yang sama dalam firma Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya dinamakan sebagai 1MDB,SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger