Home » » Enam pengawal peribadi Datuk Bandar ditembak mati

Enam pengawal peribadi Datuk Bandar ditembak mati

Written By canang on Jumaat, 5 Ogos 2016 | 8/05/2016 12:55:00 PTG


FILIPINA - MANILA. Polis Komando Filipina menembak mati enam pengawal peribadi yang bekerjasama dengan Datuk Bandar selepas mereka didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah secara haram ke negara berkenaan.
Jurucakap polis Filipina, Dionardo Carlos memberitahu pemberita bahawa satu kejadian tembak menembak telah berlaku pada Rabu lalu di antara polis dan pengawal peribadi yang bekerja untuk Datuk Bandar Albuera, Rolando Espinosa.
Espinosa menyerah diri kepada Ketua Polis Negara pada Selasa lalu selepas Presidennya, Rodrigo Duterte mengarahkan beliau bersama anaknya, Kerwin untuk menyerahkan diri dalam tempoh 24 jam berhubung penglibatan mereka dalam pengedaran dadah.
Espinosa juga sebelum ini telah menafikan secara terbuka penglibatannya dalam pengedaran dadah di negara berkenaan namun mengakui bahawa anaknya terlibat dalam penjualan syabu (methamphetamine).
Kerwin dilaporkan menjadi raja dadah nombor satu di rantau ini dan turut menggunakan senjata merbahaya ketika menjalankan perniagaan dadah berkenaan.
Selain itu, Espinosa turut mengakui bahawa anaknya juga telah menjalani pembedahan plastik sama sepertinya sebelum ini.
Ketua Pengarah Polis Filipina (PNP), Ronald 'Bato' Dela Rosa berkata, dalam kejadian itu, enam lelaki terbunuh manakala enam yang lain melarikan diri.
“Kami berjaya merampas 12 senjata berkuasa tinggi dan lima pistol menerusi kejadian tersebut.
“Denda akan dikenakan ke atas Datuk Bandar berkenaan kerana menyimpan senjata api tanpa lesen,” katanya.
Sebelum ini, Duterte telah berjanji untuk mendedahkan nama gabenor, Datuk Bandar dan ahli politik yang terlibat dalam pengedaran dadah di negara berkenaan selepas mengenal pasti tiga anggota jeneral polis dan dua bekas jeneral polis telah bertindak untuk melindungi pengedar dadah.
Sehingga kini, hampir 400 orang terbunuh dalam operasi polis terhadap ubat-ubatan haram di negara berkenaan sejak Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 30 Jun lalu.- Daily Mail
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger