Home » » Hotel terbesar dunia mula beroperasi di Mekah tahun depan

Hotel terbesar dunia mula beroperasi di Mekah tahun depan

Written By canang on Sabtu, 13 Ogos 2016 | 8/13/2016 08:48:00 PTG

HOTEL terbesar dunia dengan kemudahan 10,000 bilik tidur dan 70 restoran akan mula beroperasi di Mekah tahun hadapan.

Hotel bernama Abraj Kudai itu akan dibuka di Mekah pada tahun 2017, menawarkan tahap kemewahan yang belum pernah dilihat, untuk kegunaan pelancong dan golongan diraja di Arab Saudi.

Hotel tersebut yang menelan belanja kira-kira AS$3.6 bilion, juga menempatkan empat tapak pendaratan helikopter, lapor Guardian pada Jumaat.

Setinggi 45 tingkat, hotel yang mengambil konsep seni bina kubu padang pasir ini mempunyai 12 menara di atas podium 10 tingkat.

Ia turut menempatkan stesen bas, medan selera, pusat beli-belah dan dewan keramaian mewah.

Kedudukan hotel ini adalah sejauh dua kilometer dari Masjidilharam, yang setiap tahun menyambut kedatangan kira-kira 5 juta umat islam dari seluruh dunia, yang mahu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Bagaimanapun, terdapat lima tingkat dalam bangunannya tidak dibuka untuk rakyat biasa kerana ia eksklusif untuk kegunaan keluarga diraja Arab Saudi.
Abraj Kudai dibiayai Kementerian Kewangan Arab dan direka oleh kumpulan Dar al-Handasah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger