Home » » Jangan salahkan Islam, salahkan wang, kata Pope Francis

Jangan salahkan Islam, salahkan wang, kata Pope Francis

Written By canang on Rabu, 3 Ogos 2016 | 8/03/2016 09:58:00 PTG

 Pemujaan wang, dan bukan agama, ialah punca sebenar keganasan IS, kata ketua agama Roman Katolik itu.
ROME: Pope Francis berpesan supaya tidak mengaitkan Islam dengan keganasan kerana ketidakadilan sosial dan pemujaan wang yang menjadi punca utama keganasan.
“Saya percaya mengaitkan Islam dengan keganasan adalah salah. Ia tidak betul dan ia tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita di atas pesawat ketika dalam perjalanan ke Rom selepas lawatan lima hari di Poland.
Ketua agama Roman Katolik itu berkata demikian mengulas pembunuhan paderi Roman Katolik berusia 85 tahun pada 26 Julai lalu oleh penyerang bersenjatakan pisau.
Mereka menyerbu masuk ke dalam gereja di barat Perancis, memaksa paderi berlutut dan menyelar kerongkongnya. Kumpulah militan IS mengaku bertanggungjawab.
“Hampir dalam semua agama terdapat sekumpulan kecil fundamentalis. Kita juga misalnya mempunyai memiliki kumpulan Katolik,” katanya.
“Saya tidak suka bercakap tentang keganasan dalam Islam kerana setiap hari apabila saya melihat akhbar, saya melihat keganasan di seluruh Itali. Ada yang membunuh teman wanitanya, membunuh ibu mertuanya dan mereka semua dibaptiskan sebagai Katolik,” terangnya.
“Jika anda mahu saya perlu bercakap mengenai keganasan dalam Islam, maka saya juga perlu bercakap tentang keganasan dalam Katolik. Bukan semua umat Islam ganas,” tegasnya.
Beliau juga mendedahkan pelbagai sebab yang menjadi punca utama berlakunya keganasan.
“Saya tahu kenyataan saya mungkin merbahaya tetapi keganasan wujud apabila tiada pilihan lain dan wang dipuja sebagai tuhan. Ia menjadi tumpuan ekonomi dunia,” katanya.
“Ia (wang) adalah punca paling ulung untuk keganasan. Ia adalah asas kepada semua keganasan terhadap manusia. Mari kita bercakap tentang itu pula,” katanya.
Francis mengakui pembunuhan paderi dan serangan susulan yang lain sebagai bukti “dunia sedang berperang” tetapi agama ternyata bukan penyebabnya.
Kekurangan peluang ekonomi untuk orang muda di Eropah juga dipersalahkan sebagai salah satu faktor keganasan.
“Saya bertanya kepada diri sendiri, berapa ramai orang muda di Eropah yang terpaksa meninggalkan cita-cita kerana tidak mempunyai kerja. Kemudian mereka terdedah kepada dadah, alkohol atau dalam IS,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger