Home » » Kalau saya mati siapa nak jaga Najib, Rosmah? – Ali Tinju

Kalau saya mati siapa nak jaga Najib, Rosmah? – Ali Tinju

Written By canang on Jumaat, 19 Ogos 2016 | 8/19/2016 10:41:00 PG

KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom tidak gentar dengan ugutan Datuk Jamal Md Yunos, sebaliknya beliau mencabar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertumbuk di gelanggang yang sesuai.
Beliau yang juga dikenali sebagai Ali Tinju hari ini membuat laporan polis mendakwa Jamal menghubunginya petang semalam dan mengugut akan memukul serta menembaknya, ekoran kenyataannya bahawa BN akan kalah teruk jika Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti.
“Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli UMNO, tembak mati saya sebagai panglima Datuk Seri Najib, siapa yang nak jaga Datuk Najib dan Datin Seri Rosmah?
“Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau Datuk Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh.
“Saya nak ulang lagi sekali, kalau Datuk Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN, malah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak pernah ajar ketua UMNO bahagian jadi samseng,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger