Home » » Lim: Mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno?

Lim: Mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno?

Written By canang on Khamis, 18 Ogos 2016 | 8/18/2016 11:21:00 PTG


ULASAN l Sejak kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa “hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu” kerana bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, semakin ramai rakyat tertanya-tanya setiap hari mengapa begitu ramai ‘tolol’ dalam kabinet dan Umno.
Apakah MP Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad sebegitu ‘tolol' sehingga berhujah bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah "Malaysian Official 1".
Apa yang akan berlaku jika pemimpin pembangkang, sama ada dari PKR, DAP, AMANAH atau BERSATU yang sedang didaftarkan itu mengandaikan bahawa "MO1" adalah Yang di-Pertuan Agong?
Bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin telah membuat laporan polis terhadap Nawawi, menuntut siasatan polis untuk melindungi institusi diraja.
Adakah polis akan menyiasat Nawawi dan akan menerima alasan lesunya bahawa beliau tidak pernah bermaksud untuk membayangkan bahawa "MO1" adalah Yang di Pertuan Agong?
Jika alasan Nawawi adalah sah, mengapa timbul keperluan untuk dirinya menyunting posting di Facebooknya?
Individu seterusnya yang juga ‘tolol’ adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low, yang berikrar akan bertindak ke atas individu yang dinamakan dalam saman DOJ tetapi hanya dengan syarat, terbukti wang milik dana pelaburan negara itu diselewengkan,
Ucaptama Low pada simposium mengenai tadbir urus anjura Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG) menjadi bahan lawak kerana dalah terbukti bahawa kerajaan yang diwakilinya langsung tidak serius mengenai isu integriti dan tadbir urus yang baik apabila mengambil pendirian tidak bertanggungjawab berhubung saman DOJ itu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger