Home » » Malaysia antara negara terbersih rasuah

Malaysia antara negara terbersih rasuah

Written By canang on Jumaat, 12 Ogos 2016 | 8/12/2016 08:00:00 PG

KUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian  ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Beberapa hari lalu, sebuah portal berita melaporkan hasil kajian tersebut dengan menyatakan rakyat Malaysia gemar mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi.

Laporan tersebut juga menyenaraikan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) gagal dalam menjalankan peranannya untuk mentransformasikan bidang ekonomi negara.

Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang ingin menyatakan pandangan harus mempunyai fakta yang tepat supaya tidak mengelirukan penerima maklumat.sh
Share this article :

2 ulasan:

shaifuddine mohd berkata...

??????????...fuhhh menteri bodoh ni.

pendita muda berkata...

Kalau dah bangang tu BANGANG juga lah, mengapa lah Menteri Macam ni boleh diangkat diangkat menjadi seorang pemimpin,.??? Beliau hanya tahu menghalalkan segala penipuan, dan mengampu MO1 dalam situasi semasa demi mendapat kan bekalan Dedak,.sekelian Rakyat telah pun maklom bahawa, Malaysia telah diangap negara yg kuat mengamalkan Rasuah dari persidangan anti Rasuah dunia,.ini pulak Menteri low class cuba menghalalkan realiti sebenarnya,.amat rugi n malang negara Ku Malaysia ter sayang punyai Menteri sebodoh ini,.,.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger