Home » » Pendebat Terbaik Cambridge bidas Ketua Puteri UMNO

Pendebat Terbaik Cambridge bidas Ketua Puteri UMNO

Written By canang on Selasa, 2 Ogos 2016 | 8/02/2016 09:00:00 PTG


Puteri UMNO sepatutnya menjadi pertubuhan yang memberi inspirasi kepada golongan muda wanita, bukan kesetiaan membuta tuli.
PETALING JAYA: Aktivis Change Led by the Young Generation (Challenger), Ameera Natasha Moore membidas Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengkritik Deklarasi Rakyat kerana manipulasi institusi awam negara.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Challenger, beliau berkata kecewa dengan tindakan Ermieyati, apatah lagi Puteri UMNO yang dipimpinnya sepatutnya menjadi pertubuhan yang memberi inspirasi kepada golongan muda wanita.
“Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan,” kata Pendebat Terbaik Wanita Cambridge itu.
Kata Ameera lagi, walaupun benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipilih secara demokratik, beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi.
“Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar memainkan peranan semak dan imbang, tetapi saya tidak boleh,” katanya.
Namun, Ameera setuju dengan kenyataan Ermieyati sebelum ini bahawa seseorang itu perlu berpegang teguh kepada prinsip, dan berkata itulah yang dilakukan Challenger dengan menolak rasuah dan tindakan menutup kesalahan lampau.
“Apakah (pula) prinsip-prinsip yang anda pegang? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?” soalnya kembali.
“Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan,” katanya lagi.
Pada minggu lalu, Ermieyati menyifatkan Deklarasi Rakyat sebagai tindakan terdesak dan menafikan dakwaan bahawa tahap demokrasi di Malaysia kian merosot.sumber
Share this article :

3 ulasan:

Zack berkata...

Ketua Puteri UMNO terima RM500k untuk back up MOF1 berkenaan 1MDB. Awak ada?

warak anda berkata...

Ameera Natasya, awak menjadi kebangaan rakyat Malaysia yang mahu melihat gejala RASUAH dikhalangan pemimpin negara yang berluasa sekarang terus dibasmikan. You are awesome.

pendita muda berkata...

Syabas Ameera Natasa , berani kerana benar hujah anda memankinkan minda rakyat, yg selama ini dilincong kearah penipuan , Dan dirompak Segala harta Rakyat bagi mengisi nafsu perbadi,...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger