Home » » 'Pendedahan bukan satu pengkhianatan'

'Pendedahan bukan satu pengkhianatan'

Written By canang on Selasa, 2 Ogos 2016 | 8/02/2016 01:28:00 PTG

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyelar kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyifatkan kebocoran laporan Ketua Audit Negara berhubung siasatan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Sarawak Report sebagai pengkhianatan.
“Apabila maklumat sebenarnya didedah, maka kemungkinan besar pendedahan Sarawak Report bukan pengkhianatan tetapi berjasa memastikan rakyat  tidak ditipu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nurul Izzah berkata, prasyarat pertama untuk menilai perbuatan 'khianat' adalah dengan penarikan semula klasifikasi rahsia rasmi terhadap laporan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.
“Rakyat wajib menilai sama ada bebanan hutang ditanggung Kementerian Kewangan akibat salah laku 1MDB adalah pengkhianatan sebenar terhadap negara," katanya SUMBER
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Anak kruak tu hanya pandai bercakap lagak seorang pembodek seorang dari pemakan dedak,....

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger