Home » » Pertama Kali – Pertukaran Jantina Dibenarkan!

Pertama Kali – Pertukaran Jantina Dibenarkan!

Written By canang on Jumaat, 26 Ogos 2016 | 8/26/2016 11:35:00 PTG

MAHKAMAH Rayuan negara ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meluluskan permohonan penukaran nama dan jantina seorang wanita kepada lelaki dalam Mykad baru-baru ini.

Peguam William Lim dan Muhammad Izzat Md Jonid yang mewakili plaintif yang tidak membenarkan namanya disiar, telah bertungkus-lumus mempertahankan permohonan untuk mengiktiraf anak guam mereka itu sebagai transgender.
Akhirnya, pada 18 Julai lalu, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur telah memutuskan untuk berpihak kepada plaintif berkenaan.
Plaintif, yang dilahirkan sebagai perempuan, telah menerima pengesahan bahawa jantina dia kini sah sebagai seorang lelaki.
Hakim S. Nantha Balan telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama dan digit terakhir dalam MyKad untuk menunjukkan gender baharunya.
“Plaintif ada hak dalam perlembagaan di bawah Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan untuk hidup dengan maruah sebagai lelaki dan diberikan hak sebagai lelaki,” katanya dalam dokumen setebal 41 muka surat yang dikeluarkan tiga minggu selepas itu.


Peguam yang mewakili plaintif mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa JPN telah memfailkan notis untuk mencabar keputusan mahkamah rayuan tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hari ini dalam sejarah perundangan negara,.di mana mofti, dimana Kadhi,.n. Dimana para ulamak,.??? Mengapa diam menikus, Ingat lah gaji anda rakyat yg bayar,.bukan dari pemimpin politik yg anda agong2 kan,. Sedar lah,.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger