Home » » PM minta rakyat pastikan tiada penjajahan moden di M'sia

PM minta rakyat pastikan tiada penjajahan moden di M'sia

Written By canang on Sabtu, 13 Ogos 2016 | 8/13/2016 07:36:00 PTG

Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka berperanan dalam menentukan hala tuju dan menjaga kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata sekiranya negara dijajah dalam bentuk moden, segala martabat, maruah serta kedaulatan negara akan hilang dan tidak boleh diperoleh kembali.

"(Dalam) sejarah (Melaka), Bendahara Tun Perak setia kepada empat raja.Melaka terkenal sebagai Venice of the East (Venice di Timur) kerana kesetiaan tetapi bila percaya kepada hasutan, bagi maklumat kepada Portugis, hancur Melaka... ini pengajaran dari sejarah kita.
"(Oleh itu), jaga kedaulatan, ini kedulatan negara kita, itu adalah hak kita. Kepimpinan negara, kita yang tentukan bukan orang lain yang tentukan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tangga Batu di Bandar Hilir di Melaka hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga ketua Umno bahagian Tangga Batu, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh juga ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga ketua Umno bahagian Bukit Katil.
Untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan sama, Najib yang juga presiden Umno menekankan pentingnya kesetiaan sebagai tunggak kepada perjuangan untuk menjaga negara dan membela rakyat.

"Dalam politik, saya amat menghormati Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang amat setia dengan perjuangan parti Umno. Bagi beliau, jawatan tidak penting...yang penting adalah perjuangan. Kalau parti selamat, kita semua selamat.

"Suatu hari nanti, saya akan serah (Umno) kepada pengganti saya. Masa itu, kalau hendak datang kepada saya atau tidak, itu tidak mengapa. Tetapi, saya pantang mengkhianati Umno. Kita mahu serah sebuah parti yang kuat," katanya.
- Bernama
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak payah banyak cakap la Pok jib,..yg nak menjajah negara Malaysia yg tercinta ini datang daripada Rakyat nya sendiri bukan pengaruh dari luar,.kerana Rakyat dah bosan dengan urustadbir yg tempang tidak berjaya membangun jauh sekali rasa perhatin kepada Rakyat terbanyak oleh itu Rakyat mahu mengubah nya untuk menjadikan Malaysia lebih cermelang dan Rakyat menolak Idea kepimpinan MO1 yg kotor, jijik dipenuhi korup Dan Rasuah disamping menghalalkan penyamun bermaharajalela kepada harta Rakyat,.doa Rakyat kepada penyamun yg maha Zalim ini segera menerima pembalasanya darinya,.,.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger