Susulan
dari kritikan netizens tentang pemenjaraan seorang ibu sarat mengandung
kerana mencuri barangan bernilai RM165, mahkamah akhirnya membebaskan
pesalah selepas membuat semakan semula penghakiman.
Pada
awalnya tertuduh dikenakan penjara selama 14 hari disamping denda
rm3,000 (dibayar oleh ahli keluarganya), namun selepas penyebaran kes
neh dan mendapat respon meluas netizens, hakim akhirnya bertindak
singkatkan hukuman penjara kepada 3 hari sahaja. Tertuduh telah
dibebaskan pada semalam.
Tahniah netizens, kecoh-kecoh korang pun ada hasilnya juga.
---------------
Seorang
ibu sarat mengandung yang kisahnya menjadi viral di laman sosial kerana
dijel akibat mencuri sarung tangan bayi, dibebaskan mahkamah tinggi, di
sini, pada semalam.
Wanita
hamil lapan bulan itu dibebaskan selepas Hakim, Ahmad Bache
mengurangkan hukuman penjara daripada 14 hari kepada tiga hari.
Ahmad
Bache membuat keputusan itu terhadap Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul
Wahab, 38, pada semakan semula penghakiman terhadap tertuduh. Keputusan
sekali gus mengetepikan hukuman Majistret, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser
Amri, pada 8 Ogos lalu.
Isnin
lalu, tertuduh dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 selepas
mengaku salah dengan niat mencuri dua selipar kanak-kanak, enam pasang
baju kanak-kanak dan satu t-shirt kanak-kanak serta tiga pasang sarung
tangan bayi yang keseluruhannya bernilai RM165 di pasar raya Tesco pada
jam 3.55 petang, 21 Mac 2009.
Katanya,
tempoh penjara tiga hari yang dijalani bermula dari tarikh sabitan
Isnin lalu itu sudah memadai dengan keadaan diri tertuduh yang sarat
mengandung dan bakal melahirkan anak kelimanya dalam tempoh empat minggu
lagi.
“Mereka
yang bersalah atau mengaku salah di atas kesalahan yang dilakukan,
perlu dihukum mengikut undang-undang. Sebagai House of Justice, mahkamah
bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awam.
“Mahkamah
meneliti hak kamu, walau bagaimanapun kepentingan awam tetap mendahului
kepentingan diri kamu sendiri. Mahkamah juga perlu menyampaikan mesej
yang sewajarnya kepada masyarakat,” katanya.
Beliau
turut mengingatkan tertuduh, keputusan itu tidak bermakna tertuduh atau
orang awan boleh melakukan jenayah sewenang-wenangnya dengan alasan
keadaan diri yang hamil.
“Kes
ini khusus kepada kamu yang perlu berehat di rumah dalam keadaan
sekarang (bakal bersalin), tetapi ingat, saya memberi amaran kepada
sesiapa pun, tidak boleh melakukan jenayah dengan menggunakan apa-apa
alasan sekalipun,” katanya.
Beliau
turut mengekalkan hukuman denda RM3,000 dan denda itu sudah pun
dijelaskan tertuduh pada hari hukuman diputuskan di mahkamah majistret,
di sini, pada Isnin lalu.
Tertuduh
pada prosiding itu juga mengaku `tidak sedar` ketika melakukan
perbuatan curi itu dan meminta maaf serta menyatakan kekesalannya.
Tertuduh
diwakili barisan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diketuai
Muhammad Hasif Hasan, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa
Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan.
Tertuduh
ditahan pada hari kejadian, tujuh tahun lalu, dan dibebaskan dengan
jaminan polis serta hanya dapat dikesan pada 2 Ogos 2016 selepas waran
tangkap dikeluarkan.
Dia
yang bekerja sebagai wakili jualan di sebuah pasar raya di sini,
tinggal bersama suami yang bekerja sebagai buruh di Kampung Aur, Jalan
Tawang, Bachok. Mereka mempunyai empat anak berusia 12, 9, 5 dan 4
tahun. -SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan