Home » » Tak mungkin PM nak tangkap saya, kata Husam

Tak mungkin PM nak tangkap saya, kata Husam

Written By canang on Khamis, 18 Ogos 2016 | 8/18/2016 10:01:00 PG

Selepas memfailkan saman secara berkumpulan di Amerika Syarikat terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan 1MDB, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak bimbang mengenai kemungkinan ditahan atas tindakan itu.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana tindakan itu semata-mata bertujuan mendapatkan kembali wang yang dicuri dari Malaysia.
"Saya tidak fikir sesiapa akan tangkap saya kerana bertindak bagi pihak negara dan pasti perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan sokong saya.
"Sesungguhnya, perdana menteri tidak akan menahan seseorang yang hanya cuba untuk mendapatkan kembali harta yang dicuri. Tak mungkin," katanya semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Beberapa hari yang lalu, Husam bersama-sama bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Matthias Chang memfailkan saman itu dengan memohon ganti rugi bagi kecurian dana firma pelaburan negara dan mendapatkan semula aset yang diperoleh dengan menggunakan dana berkenaan.
Saman itu difailkan pada hari Khamis yang lalu di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan New York dengan menamakan menamakan firma Red Granite, pengasas syarikat pengeluar dan pengedar filem Christopher Joey McFarland dan Riza Shahriz Abdul Aziz yang juga anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai defendan.
Menurut pemfailan mahkamah, Chang dan Husam mendakwa defendan sengaja menggunakan dana yang dicuri dari 1MDB untuk kepentingan peribadi mereka termasuk mengadakan pesta untuk bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah jutawan yang berasal dari Malaysia, Jho Low dan peguam percukaiannya, Debra Whelan Johnson serta firma miliknya, Metropolis IX Capital Advisors LLC.
Goldman Sachs Group dan bekas jurubank Timothy Leissner juga dinamakan.
Plaintif mendakwa individu-individu dan entiti yang terlibat dalam urus niaga yang menjurus kepada kecurian dana 1MDB.
Mengulas lanjut, Husam berkata, ketakutan adalah fitrah semula jadi yang diberikan Tuhan tetapi perlu diuruskan atau negara menjadi kelam-kabut.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger