Home » » TMJ: Perak memang negeri bermasalah

TMJ: Perak memang negeri bermasalah

Written By canang on Selasa, 9 Ogos 2016 | 8/09/2016 08:43:00 PTG

Selain JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah apabila berkunjung ke negeri itu
PETALING JAYA : Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pasukan negeri berkenaan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menghadapi masalah setiap kali berkunjung ke Perak.
Katanya, selain daripada JDT, pasukan seperti Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur juga akan menghadapi masalah yang sama apabila berkunjung ke negeri berkenaan.
“Jadi, saya tidak terkejut dengan masalah ini lagi. Kini bangsa Johor terkejut apabila cerita sebenar telah diolah malah ditambah-tambah lagi untuk menyedapkan cerita dan menyebelahi satu pihak, dengan media dan laman media sosial menyebelahi pihak mereka.
“Saya tidak faham mengapa anda begitu terkejut kerana kes tersebut sudah kerap berlaku. Sebelum ini, saya sentiasa mengambil berat perkara sebegini kerana saya mahu menjaga nama baik negeri saya tetapi sekarang saya tidak perlu memperjelaskannya atau peduli lagi,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Semalam, berlaku kekecohan membabitkan penyokong Perak dan JDT membabitkan kedua-dua pasukan selepas perlawanan Liga Super di Stadium Perak.


Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya dua penyokong pasukan JDT dan seorang jurufoto akhbar cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras, selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan Harimau Selatan itu.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail yang merupakan pemilik kelab itu berkata, apabila seseorang individu tidak menyukai individu lain walaupun banyak perkara baik dilakukan, individu tersebut tetap akan dianggap jahat.
Baginda dalam masa yang sama turut berasa hairan mengapa isu kekecohan di Stadium Ipoh membabitkan JDT dan Perak dijadikan isu yang sangat besar.
“Tidak kira berapa banyak perkara yang baik yang kami lakukan, kami akan sentiasa dianggap sebagai jahat. Tidak kira betapa betul sekalipun kami, di mata mereka kita akan sentiasa salah.
“Ia sentiasa merupakan kesalahan kita. Kami telah menjadi mangsa sejak dari Stadium Lumut sehingga ke hari ini,” katanya.
Mengulas mengenai saranan pihak tertentu yang mahukan potongan mata pasukan dilaksanakan bagi penyokong yang melakukan kekecohan pada perlawanan, Tunku Ismail menyatakan baginda pernah menyuarakan perkara terbabit sejak dua tahun lalu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Saya tidak tahu mengapa baru sekarang ada pihak tertentu yang ingin mencadangkan tentang pemotongan mata ini sedangkan perjalanan liga bolasepak kita sudahpun berjalan separuh musim.
“Sepatutnya ianya diselaraskan dari awal musim lagi. Tetapi sekiranya pihak FAM ingin melaksanakannya juga, kita terima dan kita akur sekiranya pihak kami ada melakukan kesalahan tersebut,” katanya.sumber
Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya Salute la TMJ, sepatutnya FAM ter kehadapan dari Apa yang disarankan TMJ, kini nampaknya FAM Hidup tapi tak bernyawa ,.yg mereka tahu duit duit duit melalui denda kepada pasukan Negeri dengan kasar puloh ribu pulak tu,.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger