Home » » Dakwaan “Doktor Keganasan”, Zakir Naik Hantar Surat Terbuka Pada Kerajaan India

Dakwaan “Doktor Keganasan”, Zakir Naik Hantar Surat Terbuka Pada Kerajaan India

Written By canang on Selasa, 13 September 2016 | 9/13/2016 01:24:00 PTG

BUKAN mudah untuk berjihad dengan cara yang betul. Fitnah dan tohmah menjadi makanan dan ujian buat Pendakwah India, Dr. Zakir Naik. Beliau didakwa menanam sifat radikal dalam kalangan belia.
Baru-baru ini beliau menghantar surat terbuka sepanjang empat muka surat meminta kerajaan India menjelaskan apa sebenarnya yang dilakukannya sehingga digelar ‘Doktor Keganasan’.
Surat itu menyenaraikan lima soalan kepada kerajaan, bertujuan mencari jawapan kepada semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
“Kenapa sekarang? Saya sudah berdakwah selama 25 tahun bukan saja di India tapi di seluruh dunia.
“Apa sebenarnya yang saya lakukan sekarang hingga digelar Pendakwah Ganas dan Doktor Keganasan?
“Saya dihormati di 150 negara di dunia, sebaliknya dipanggil ‘penyuntik pengaruh keganasan’ di negara sendiri.
“Walau siasatan menyeluruh dijalankan agensi kerajaan, tiada satu keterangan pun menunjukkan wujudnya salah laku.
“Kini, penyiasat diminta pula mengulangi dan meneruskan siasatan. Mengapa?” kata pendakwah itu.
Yayasan Penyelidikan Islam (IRF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kendaliannya juga pada mulanya dapat memperbaharui pendaftaran namun kemudian dibatalkan.
Doktor perubatan yang beralih menjadi pendakwah itu berkata ia bukan saja satu serangan ke atas dirinya, tetapi juga serangan terhadap India Muslim.
“Ia adalah satu serangan terhadap keamanan, demokrasi dan keadilan,” kata Naik dalam surat berkenaan.
Pengasas Peace TV, kendalikan IRF yang berpangkalan di Mumbai itu mula dipantau agensi-agensi keselamatan selepas sebuah akhbar Bangladesh melaporkan bahawa salah seorang penyerang dalam serangan keganasan 1 Julai lalu di Dhaka mendapat ‘ilham’ dari siri ceramahnya.
Begitu mudah pihak kafirun melemparkan tohmahan untuk menghalang usaha dakwah Dr Zakir Naik. Semoga beliau terus tabah dalam perjuangan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger