Home » » Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut Islam kamu?, kata seorang peguam wanita

Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut Islam kamu?, kata seorang peguam wanita

Written By canang on Selasa, 6 September 2016 | 9/06/2016 11:46:00 PTG

BANGI, Selasa – Wacana ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’ anjuran Sinar Harian di Shah Alam semalam dilaporkan menjadi panas dalam satu sesi apabila seorang peguam wanita beragama Islam mempertikaikan pindaan akta berkenaan.
Mengikut laporan Sinar Online, Siti Kasim dilaporkan menuding jari ke arah pentas sambil berkata:
“Saya Melayu dan saya seorang Islam! Mengapa saya perlu dikawal oleh orang-orang begini? Ia antara saya dengan Tuhan, kenapa saya perlu ikut Islam kamu?”
Katanya, sekiranya RUU berkenaan diluluskan, secara automatik hukum hudud di Terengganu dan Kelantan akan terlaksana.
Sekali gus, katanya, perkara itu bercanggah dengan undang-undang sivil di mana seseorang individu berumur 50 tahun ke atas tidak perlu dihukum sebat manakala hudud menetapkan pesalah lelaki dan perempuan boleh dihukum sebat sehingga 100 kali.
Tindakannya itu mengundang kemarahan penonton, tetapi suasana kembali tenang apabila moderator bertindak membuka ruang bagi panelis untuk menjawab soalan yang dilontar oleh peserta wacana itu.
Antara panelis yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Kepong daripada DAP, Tan Seng Giaw dan wakil MCA, Gan Ping Sieu.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger