Home » » KN beli 320 rumah di tengah-tengah George Town mahal, jual murah untuk Bumiputera sahaja

KN beli 320 rumah di tengah-tengah George Town mahal, jual murah untuk Bumiputera sahaja

Written By canang on Rabu, 7 September 2016 | 9/07/2016 11:24:00 PTG

KN beli 320 rumah di tengah-tengah George Town mahal, jual murah untuk Bumiputera sahaja
Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF & ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: DARWINA MOHD. DAUD
GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini yang digambarkan anti Melayu membeli 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) semahal RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah, untuk dijual semula kepada pembeli Bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap langkah itu mampu memastikan lebih 30 peratus kuota Bumiputera yang diperuntukan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandar raya George Town tersebut turut mampu dimiliki oleh mereka yang layak.
"Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan," tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrasi (DAP) kepada pemberita di sini baru-baru ini.
Sebelum itu, Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise, antara wakil Kerajaan Negeri dan pemaju, sebelum melawat tapak projek pembinaan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus yang mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menandatangani MoU tersebut, dengan Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) Lim Beng Keong.
Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Naib Pengerusi I Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat), serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan beberapa ADUN lain turut menyaksikan majlis MoU tersebut.
Difahamkan, sebanyak 2,093 unit rumah mampu milik (RMM) dibina dalam projek The Rise di atas sebidang tanah berkeluasan 11.04 ekar di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat.
Mengikut kategori, 883 unit RMM dengan luas lantai 800 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM200,000; 165 unit RM luas lantai 900 kaki persegi ditawarkan dengan harga jualan RM300,000; dan 275 unit luas lantai 1,000 kaki persegi ditawarkan harga jualan RM400,000.
Dalam projek sama ini, sejumlah 770 unit KSR dengan luas lantai 700 kaki persegi turut dibina, dengan 320 KSR sahaja dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijual semula kepada Bumiputera.
Menurut Guan Eng, Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.
Tambah beliau, harga jualan kepada Bumiputera sahaja sepatutnya kita-kira RM100,00 kerana harga seunit rumah sahaja berjumlah RM72,500, manakala, RM25,000 merupakan nilai bagi satu-satu petak parkir di sini.
Namun, katanya lagi, Kerajaan Negeri menyerap RM25,000 lagi tiap-tiap unit KSR yang dibeli oleh Bumiputera kelak.
Berdasarkan MoU itu, difahamkan, bayaran sebanyak RM72,500 seunit bagi 320 unit KSR berjumlah RM23.2 juta akan dibayar kepada pihak Zubicon.
Manakala, baki RM 67,500 bagi 320 unit KSR yang berjumlah RM21.6 juta lagi akan diberikan kepada MBPP, sebagai sumbangan bagi menampung kerugian mereka memberikan tanah tersebut.
"Hari ini, satu cek RM2.32 juta dibayar sebagai bayaran 10 peratus kepada Zubicon Sdn Bhd.
"Hasil pembayaran daripada jualan ini akan dipulangkan semula ke dalam 'Tabung (Bumiputera') berkenaan.
“Ini bukan amalan (Kerajaan Negeri era Barisan Nasional) dulu, yang mana wang pembayaran oleh pembeli tidak dipulangkan semula.
"Tetapi kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memulangkan semula pembayaran sepenuhnya (RM72,500) oleh pembeli ke dalam tabung berkenaan, agar dapat digunakan semula dan beri manfaat kepada pembeli lain pada masa depan,” jelas Guan Eng.
_________________
Kapsyen gambar:
KETUA Menteri (tujuh dari kiri), barisan pemimpin negeri dan wakil pemaju Zubicon selepas majlis MoU, turut melawat serta merakamkan gambar kenang-kenangan di tapak projek pemajuan The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah baru-baru ini
Share this article :

1 ulasan:

Ramboo III berkata...

Dap mmg terbukti anti islam, Xperlu bahas pjg lebar, strategi utk mjdkn msia spt singapura memerlukan pengorbanan dan simpati, dan kepercayaan dari org melayu sendiri, bangsa lain mmg sudah semestinya bersama mereka..berjuang bersama islam menentang taghut.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger