Home » » Pastikan wang rakyat tidak disalahgunakan - PM

Pastikan wang rakyat tidak disalahgunakan - PM

Written By canang on Rabu, 28 September 2016 | 9/28/2016 08:30:00 PG


PUTRAJAYA 25 Julai - Kerajaan mahu mana-mana individu dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat yang disalah gunakan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memandang berat terhadap tindakan saman sivil DOJ ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyerahkan perkara berkenaan untuk proses keadilan sewajarnya. “Inilah pendirian kerajaan dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya. Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardhu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini Program tajaan Yayasan 1MDB itu menaja seramai 1,100 bakal haji yang terdiri daripada imam-imam masjid dan surau serta pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara. Menurut Najib, di sebalik celaan-celaan terhadap 1MDB, ramai pihak bagai terlupa pelbagai program sosial yang dijalankan oleh 1MDB termasuk membantu golongan belia, wanita dan mangsa-mangsa banjir. Katanya, rakyat diminta tidak terbawa-bawa dalam isu 1MDB itu kerana kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk proses keadilan dijalankan. - UTUSAN ONLINE - See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pastikan-wang-rakyat-tidak-disalahgunakan-pm-1.362180#sthash.bF8RNIX5.dpuf
Share this article :

2 ulasan:

mazmad berkata...

Ptui.
Ptui.
Ptui.

xairlinepilot berkata...

Gila dah kot si Najis sekor ni?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger