Home » » Peguam AS: "Tahanan politik di Afghanistan dilayan lebih baik dari Anwar...

Peguam AS: "Tahanan politik di Afghanistan dilayan lebih baik dari Anwar...

Written By canang on Khamis, 15 September 2016 | 9/15/2016 10:14:00 PG


Berurusan dengan tahanan politik adalah lebih mudah di Afghanistan berbanding Malaysia, kata peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberley Motley.
Motley, anggota terbaru pasukan peguam bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata di Afghanistan, beliau tidak akan dinafikan akses kepada anak guamnya.
"Malaysia adalah tempat yang indah. Kecuali hakikat, bahawa saya telah dinafikan akses berjumpa dengan Anwar, penduduk di sini sangat baik.
"(Tetapi) mengejutkan Afghanistan lebih mudah daripada sini, untuk berkata sesuatu. Sebagai contoh, saya boleh berjumpa dengan orang yang saya wakili,” kata Motley kepada Malaysiakini dalam satu wawancara semalam.
Katanya, ada kala tahanan politik di Afghanistan juga diberi akses kepada media.
Walaupun media di negara ini masih dapat bercakap dengan Anwar, namun sering-kali ini dilakukan dengan wartawan menjerit soalan ketika beliau diiringi di dalam atau di luar mahkamah.
"Dalam banyak cara, apa yang berlaku di Afghanistan, sistem undang-undang mereka lebih baik berbanding layanan ke atas Anwar oleh sistem undang-undang di Malaysia.
"Saya mempunyai masalah dengan kerajaan (Afghanistan), jangan salah faham, tetapi dari segi mendapat akses kepada pelanggan saya, yang tidak pernah ada masalah di Afghanistan," katanya.
Antara kes tersukar
Ini menurutnya, menjadikan pembabitannya dengan kes Anwar sebagai lima kes teratas yang sukar untuk bermula yang pernah dikendalikannya.
Motley, seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan.
Beliau juga telah menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang mendapat laporkan di peringkat antarabangsa.
Motley dilantik untuk menanggotai sebahagian daripada pasukan peguam Anwar Rabu lalu, tetapi sebaik tiba di Malaysia semalam, beliau telah dinafikan akses kepada ketua umum PKR itu.
Usahanya untuk mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri juga gagal.
Dan setelah membaca hampir semua dokumen mahkamah mengenai kes liwat, termasuk semua transkrip mahkamah, peguam itu percaya sepenuhnya bahawa Anwar tidak bersalah.
"Sama seperti bagaimana matanya lebam (pada tahun 1998), ini (kesalahan liwat kedua) adalah peristiwa hitam bagi Malaysia ... ia juga mata hitam untuk keadilan di seluruh dunia, atas sebab itu saya terlibat dalam kes ini.
"Di bawah undang-undang Islam, Betulkan saya jika saya salah, untuk (tuduhan liwat) kamu memerlukan empat saksi. Tidak ada empat orang saksi dalam hal ini, seorang saksi pun tiada.
"Ini tidak menepati undang-undang Malaysia, ini juga tidak mengikut undang-undang Islam, ia adalah undang-undang Mickey Mouse, saya tidak tahu apa itu," katanya.malaysiakini
Share this article :

1 ulasan:

Adam berkata...

Assalamulaikum Admin,

Mohon Pautan blog sesama kita. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com.

Kalau diluluskan mohon maklum ke email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih Admin.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger