Home » » Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki Di Sekolah Bulan Depan

Pendidikan Seks Untuk Pelajar Lelaki Di Sekolah Bulan Depan

Written By canang on Isnin, 12 September 2016 | 9/12/2016 09:14:00 PG

BERMULA bulan hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkenalkan modul pendidikan seks kepada remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas.

Ketua setiausahanya, Dr. Rose Lena Lazemi dalam satu kenyataan berkata, model Pendidikan Seks berkenaan akan mula diajar di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah di mana ia akan dimasukkan dalam program kaunseling sekolah.
“Antara kandungan modul yang akan diberi penekanan termasuk isu seks sebelum berkahwin, variasi seks, kehamilan remaja, penderaan seksual dan penyakit kelamin termasuk HIV atau AIDS.
“Modul ini untuk menangani isu seksual, kesihatan reproduktif dan sosial dalam kalangan remaja lelaki sekaligus mengelakkan kelakuan songsang dalam kalangan remaja,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Bagaimanapun berdasarkan laporan media itu tidak dinyatakan sama ada remaja perempuan akan terlibat sama dalam proses pembelajaran berkenaan.
Sementara itu, Rose Lena mendedahkan pada 2015 sahaja, sebanyak 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah..
Katanya, lima negeri mencatatkan kes kehamilan remaja ter­tinggi iaitu Sabah de­ngan 3,084 kes diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319) dan Pahang 940 kes.
“Laporan polis juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me­rupakan punca utama kes tersebut berlaku,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger