Home » » 'Pendrive'FAM siasat dalang bocor maklumat

'Pendrive'FAM siasat dalang bocor maklumat

Written By canang on Khamis, 1 September 2016 | 9/01/2016 09:32:00 PTG

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau 'pendrive', didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.  
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
"Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri.
"Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Khairy dalam laporan media hari ini, bagaimanapun berkata isi kandungan dalam pemacu pena yang diserahkan Tunku Ismail tidak menemui bukti penyelewengan ataupun ketirisan dalam badan induk sukan itu.
Menurut Khairy kandungan pemacu pena itu adalah dokumen teknikal berkenaan bola sepak Malaysia.
Dalam pada itu, Hamidin berkata, FAM bersedia berjumpa dengan Khairy sekiranya dipanggil untuk membincangkan isu pemacu pena tersebut.
Kontroversi tercetus apabila Tunku Ismail mendakwa mempunyai pemacu pena  yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM termasuk berkaitan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. - Bernam
Share this article :

3 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau lah benar pekara tu berlaku kenapa nak disorokan lagi,.?? Sepatutnya orang yg menyampaikan maklumat itu seharusnya diberi Taaniah demi membetulkan pekara2 yg merosakan FAM, kenapa nak siasat antara mereka yg berkaitan,.Nampak Sangat cara yg akan diambil itu gaya Najib je ,.

mazmad berkata...

Kesalahan Dan salahlaku pegawai tidak disiasat Dan diambil tindakan tetapi pengadu yg disiasat.
Typical Malaysian way.

Unknown berkata...

"Tiada bukti penyelewengan dan ketirisan." So maksudnya apa? TMJ menipu?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger